My blog is worth $35,001.48.
How much is your blog worth?



Tips dan Cara

Sorry pasal dah lama x post.Sibuk sikit sebenarnya.Malam ni baru ada masa.Saya akan cuba untuk post satu artikel satu hari.Insyaallah.Bagi newbie di sana,saya ada satu tips untuk anda dan semoga anda dapat gunakan sebaiknya.

Pernah dengar web directory.Mesti pernah dengar bukan..Contohnya ialah www.10000textlinks.com.Kebanyakan webmaster menghantar alamat url atau menyimpan alamat url di dalam direktori untuk menambahkan backward link serta bertujuan untuk meningkatkan pagerank.Ada yang menyertakan perkhidmatan secara percuma dan ada juga yang berbayar.Terpulang pada kualiti direktori tersebut.

Jika tinggi pageranknya,makin berkualitilah.Dan banyak lagi aspek yang perlu dititik beratkan untuk memastikan laman direktori tersebut berkualiti tetapi memadailah sekiranya saya menceritakan sedikit sahaja dahulu.Bagaimana anda boleh menjanakan duit dengan laman web direktori ini.First sekali pastikan anda telah pun membeli domain name dan hosting untuk laman web ini.Tidak perlu space yang terlalu besar.

Memadai hanya dengan hanya 3-5 GB dan 50GB Bandwith.Setelah selesai perkara yang pertama,saya sarankan anda semua agar submit laman web baru anda ke seberapa banyak direktori berkualiti.Jikalau anda rasa terlalu malas untuk menghantar sendiri,ada laman web yang boleh membantu anda.Di www.lazyseo.com,anda hanya perlu menjadi membership dengan membayar sebanyak USD 19.95 sebulan.Hasilnya,anda dapat submit laman web anda ke 265 laman web direktori dalam masa 15 minit sahaja.

Peratus untuk mendapatkan link juga sangat tinggi.Saya menyarankan agar anda submit ke direktori berbayar untuk mendapatkan link yang berkualiti.Selepas itu,anda boleh menghebahkan direktori anda di forum-forum yang anda selalu pergi tetapi diingatkan agar ia jangan berbentuk spam.Pastinya admin forum tidak suka dengan cara anda ini.Jangan hanya semata-mata mendaftar atau join forum sekadar untuk mengiklankan laman web anda tersebut.

Gunakan www.articletrader.com/directories/ untuk menyemak senarai direktori yang telah anda submit atau belum.Ini akan memudahkan anda untuk membuat semakan.Dengan cara ini,ia akan dapat meningkatkan pagerank web baru anda dan ia dapat memberitahu bahawa web anda mempunyai value dan berkualiti untuk menarik minat bakal-bakal pelanggan.Promosi yang tanpa henti akan dapat membantu meningkatkan lagi sales anda dan saya sarankan anda cuba.

Walaupun ia akan melibatkan wang dan masa,ianya adalah berbaloi.Tiada jalan mudah untuk berjaya.Cuma dedikasi penuh dan usaha tanpa henti-henti akan dapat menjamin kejayaan anda.

Posted by UzAiRuBiAh WeB 8:26 AM  

0 Comments:

Post a Comment