My blog is worth $35,001.48.
How much is your blog worth?



Sejambak Kasih

Hari ni,aku nak menulis dalam bahasa malaysia.Sesekali,nak jugak tukar angin..Kang nanti dipanggil 'lupa diri' pulak.Sekarang ni bisnes internet di malaysia makin menjadi-jadi..banyak macam cendawan.Tapi banyak jugak yang macam "lempeng".Xde apa yang kuat pun aku tengok.Cuma cerita-ceriti yang sama.Semuanya asas nak mulakan bisnes dalam internet.Tapi xde satu pun netrepenuer kat malaysia ni yang berani nak ajar lebih detail sikit apa yang diorang tau.Biasalah.

Kalau nak mesti duit dulu.Cakap berapi-api nak tolong last-last objektif dia pegi ke duit dulu jugak.Xpelah..Masing-masing punya cara.Benda cerita asyik yang sama.Biasalah,sasaran dia pun untuk yang baru nak belajar.Orang yang baru nak belajar ni lagi banyak daripada orang yang dah tau.Tapi,di sini aku dapat satu perkara tersirat.Sasaran audiens kita.Apa yang kita nak buat,mestilah dengan research yang teliti supaya kita boleh target community kita.Kalau kita bagi tips dan cara berjela-jela(walaupun lagi bagus daripada yang lain),selagi x dapat attract visitors,selagi itulah kita duk takuk tu.

Ada dua pilihan untuk jadi berjaya.Samada anda tiru orang telah berjaya atau cuba invent sendiri idea original anda.Satu cara senang dan satu lagi cara yang susah sikit(banyak jugak sebenarnya).Tapi jalan yang susah dengan cara yang betul,akan membuatkan profit untuk anda dengan jangkamasa yang panjang berbanding dengan cara yang pertama tadi.Macam dalam share market.Ada golongan punters dan investors.Golongan punters ni jenis yang mementingkan keuntungan dengan cara yang cepat manakala investor adalah golongan yang lebih panjang akalnya.Dua-dua boleh buat keuntungan dan dua-dua juga mempunyai risiko.

Jadi anda di pihak yang mana?Pilihan di tangan anda.Tidak salah menjadi salah satu dari pilihan tadi,yang penting ialah ia boleh membawa manfaat kepada anda semua.

Posted by UzAiRuBiAh WeB 1:01 PM  

0 Comments:

Post a Comment